Isnin, 21 November 2011

memandang mulia


mulio1mulio2mulio3

hati-hati dengan mesej komik ini. samaada pelukis/penulis komik ini tidak sengaja atau tidak berniat akannya, namun ruang memuliakan manusia itu ada peringkat-peringkatnya.

Jika kita menyamakan kemuliaan semua orang , maka kita sudah pun terjerumus dalam fahaman liberalisme agama dan pluralisme agama.

orang islam dan beriman lebih mulia dari orang kafir.

orang kafir dihormati selagi tidak menentang islam atas kapasiti sebagai anak adam.
tetapi tidak ada kemuliaan bagi kekufuran mereka.

begitu juga ahli maksiat, orang-orang zalim, pelaku-pelaku dosa besar, ahli bidaah dan syirik semua mereka akan menurun kemuliaannya walaupun namanya islam dan berkata mereka beriman.

benar, kita tidak dibolehkan menghina mereka atas kehinaan perbuatan mereka. Tetapi, kita juga tidak boleh memuliakan mereka atas apa yang mereka telah lakukan. kita tak boleh memuliakan peminum-peminum arak, penzina-penzina, penzalim-penzalim. kita hormati mereka sebagai manusia yang berhak mendapat dakwah dan hidayah.tapi selagi mereka tidak bertaubat sesudah diberi peringatan, lalu terus berterang-terang dan berbangga dengan dosa dan maksiat yang dilakukan mereka, kita tak boleh memuliakan mereka.

saya harap, konsep kemuliaan perlu dipelajari oleh kita semua. sekali lagi, hati-hati dengan mesej dalam komik ini yang masih senang disalahfahami.
wallahua'lam.

sedikit peringatan dari Allah s.w.t:

"Maka apakah patut kami menjadikan orang-orang islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir) ? Mengapa kamu (berbuat demikian) bagaimanakah kamu mengambil keputusan" (QS Al Qalam: 35-36)

"Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh sama dengan orang-orang yang berbuat kerusakan di muka bumi ? Patutkah (pula) Kami menganggap orang-orang yang bertaqwa sama dengan orang-orang yang berbuat maksiat ?"(QS Shaad ayat 28)

lihat firman Allah dalam surah alqalam,menggunakan "muslimin" (orang-orang islam) dan "mujrimin" (orang-orang berdosa), dan kemuliaan mereka tidak sama. kemudian Allah mengajar supaya kita juga wajar menghukum yang sama, yakni tidak boleh menyamakan kemuliaan muslimin dan mujrimin.begitu juga dalam surah shaad, Allah bertanyakan pada kita akan sama atau tidak kemuliaan "amanu wa 'amilussolihat" (orang yang beriman dan beramal soleh) dengan "mufsidina fil ardh" (orang yang buat kerosakan muka bumi), serta antara "muttaqin" (orang bertaqwa) dengan "fujjar" (ahli maksiat).

saya harap mesej terakhir dari "atok" itu dilihat semula ketepatannya dengan ajaran islam.

"atok" dalam komik di atas berkata, "hormatilah siapa sahaja di sekeliling kita dengan sentiasa berlapang dada dan MEMANDANG MULIA TERHADAP MEREKA". Kata-kata terakhir itu wajar difikirkan semula.

wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

bismillahirrahmanirrahim