Selasa, 20 Disember 2011

jangan hampiri zina

mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..


Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita). Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W  dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut:
1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).
2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.
 
 
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zinaitu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)
 
Arahan untuk tidak membenarkan lelaki dan wanita daripada berdua-duaan dalam erti kata khalwat di atas bukanlah kerana buruk sangka terhadap kedua-dua mereka tetapi ia bertujuan untuk memelihara mereka daripada terjebak kepada perkara-perkara yang termasuk dalam larangan-larangan Allah yang lebih berat seperti bercumbu-cumbuan, berpeluk-pelukan malahan sehingga ke peringkat zina.
Ini adalah disebabkan ketika mereka berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang tengah yang bertanggungjawab untuk membisikkan tindakan-tindakan maksiat seterusnya yang perlu dilakukan oleh mereka berdua sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud: Jauhilah kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan muhram kamu). Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi mereka berdua. Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: “Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (Riwayat At-Tirmidzi)
Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya. Perlu diingat syaitan merupakan makhluk yang bijak (menghasut). Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.
Apabila kamu berdua-duaan, kamu telah melanggari Perjanjian dengan Allah Swt. Apabila ditanya oleh ibubapamu, kamu berpotensi untuk berbohong.

Ahad, 18 Disember 2011

sahabat

mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim

..

Sahabat dalam Islam

Nabi S.A.W. bersabda, yang bermaksud : 
" Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi." 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah bin Mas'ud r.a.)
Sesiapa yang mengasihi sahabatnya maka kasih sayangnya itu akan
 mendorongnya melakukan
 amalan yang sama dengan sahabatnya.
Tips memilih sahabat menurut Islam :
  • seseorang itu dapat diajak untuk bersahabat dalam urusan 
  • duniamu dengan jujur
  • seseorang itu dapat menambah kemanfaatan dirimu untuk 
  • urusan akhiratmu
Abu Sulaiman Darami rahimaullah berkata, jika kamu suka bersahabat
 dengan orang yang mempunyai sifat selain daripada dua yang disebut itu,
 maka pastilah kamu seorang yang lemah akal fikirannya.

Walaupun kebanyakan kita cenderung untuk memilih sahabat yang akan
 mendatangkan kebaikan duniawi kita, seperti mereka yang mempunyai
 pangkat tinggi dalam pekerjaan supaya memudahkan kerja kita,
 ataupun mereka yang mempunyai banyak harta supaya ada tempat kita 
'meminta bantuan' apabila perlu, ataupun mereka yang mempunyai banyak
 'maklumat' agar kita tidak bosan apabila diajak mengumpat.  Namun,
 dalam Islam telah disyarankan 2 tips terbaik untuk memilih sahabt,
 iaitu yang jujur dan yang bertaqwa.

Jadi, sebagai seorang muslim, harulah juga amanah dalam persahabatan kita.
 Amanah itu adalah iman dan kepercayaan. Maka, bawalah sahabat kita ke arah
 kebaikan dan sentiasa mengikut panduan yang ditetapkan dalam syariat, 
agar kita sama-sama mendapat manfaat di dunia dan akhirat, insyaAllah.

hukum bercouple...

mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..

Seorang pemuda lemah dan dungu kebingungan mencari hukum kekasih, halalkah atau haram?. Memang, mencari istilah kekasih di kitab feqah manapun atau di semua ilmu tasawwuf tidak akan ada, jangankan haram yang menghalalkan juga tidak ada, bagaimana akan ditentukan hukumnya.


Namun jika kekasih adalah hubungan antara lelaki dan wanita lain yang diawali dengan suatu perjanjian untuk saling mengenal antara satu sama lain, bertujuan untuk saling memahami pasangannya atau identiti secara berseronok, untuk saling mengekspresikan rasa sayang, cinta sebagai teman yang asyik untuk dibawa kemana-mana, bergurau senda yang tiada manfaat, sering menelefon dan akhirnya mengotori kejernihan hati dan akal sihat, bahkan melakukan maksiat yang lebih besar. Semua itu adalah hubungan cinta berahi dan jelas HARAM!

ALLAH S.W.T. berfirman:

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk". (QS. Al-Isra` (17): 32)

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Halal itu jelas, haram (pun) jelas, dan di antara keduanya ada hal-hal syubahat yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang, maka barangsiapa yang bersih dari syubahat itu maka ia mentaati agama dan wibawanya akan bersih, dan barangsiapa yang terjebak dalam syubahat bererti ia tlah jatuh kepada haram, sebagaimana pengembala di sekitar tanah terlarang dan nyaris mengelilinginya, ketahuilah bahawa setiap tuan memiliki tanah terlarang, ketahuilah bahawa batas larangan ALLAH S.W.T. di bumi ini adalah yang diharamkannya, ketahuilah bahawa di dalam tubuh ini ada segumpal dagimg, jika baik maka baiklah seluruh tubuhnya, jika ia rosak maka rosak pula seluruh tubuh, ketahuilah ia adalah hati". Muttafaqun `alaih

Cuba kita renungkan kembali bersama sebelum kita rela meneriam hukum ini:

1 Apakah kekuatan perjanjian dalam hubungan kekasih itu sehingga tidak dapat memisahkan pemilikan antara satu sama lain?

2 Apakah dalam perjanjian itu membawa aturan agama dan mengatasi nama ALLAH S.W.T.?

3 Lalu atas dasar apa sehingga satu sama lain ingin memilikinya?. Sebab dalam Islam lelaki manapun tidak berhak memiliki seorang wanita tanpa melalui ikatan pernikahan. Bahkan ayahnya sendiri yang membesarkan dan memberi makan serta pendidikan tidak berhak memaksa anak perempuannya menikahi lelaki bukan pilihan si anak.

4 Adakah sama berkekasih dengan rasa tanggungjawab ukhuwah Islamiah?. Sebab cinta itu suci, maka biarkam ia bersemi dalam hati, kerana itu anugerah ALLAH S.W.T. yang harus disyukuri, bukan diingkari. Cinta itu amanat ALLAH S.W.T. maka janganlah ia dikhianati.

5 Adakah sama berkekasih itu dengan tanggungjawab sebagai suami isteri?

Dan renungkan pula kandungan ayat-ayat yang bercerita tentang sebuah perhubungan kasih secara terlarang.

Firman ALLAH S.W.T. :

"(Dan dihalalkan bagimu mengahwini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan 

wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberikan Al-Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kahwin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikan gundik-gundik (teman bercanda)…"

(QS. Al-Maidah (5) :5)

"…. Kerana itu kahwinilah mereka dengan izin tuan mereka dan berilah maskahwin menurut yang patut, sedang merekapun wanita-wanita yang memelihara diri, bukan penzina dan bukan (pula) wanita yang mengambil lelaki lain sebagai kekasihnya". (QS. An-Nisa` (4) :25)

Jika kita fahami baik-baik kandungan ayat ini, kita dapat menggambarkan dengan lebih jelas bahawa kekasih sebenarnya hanya kata tanpa makna yang akan menjerumuskan orang pada penghalalan zina dalam diri masing-masing atau dengan kata lain adalah cinta bebas, cinta berahi dan cinta haram lagi terlarang.

Setelah kita tinjau dari berbagai sudut permasalahan agama dan pertimbangan psikologi, sosiologi serta moral, sebagai syarat dalam menetapkan sebuah hukum, akhirnya kita samapai kepada suatu kesimpulan yang tidak dapat diragukan lagi iaitu hukum berkekasih adalah HARAM!. Meskipun nanti akan diakhiri dengan perkahwinan yang sah, namun dosa hubungan itu harus dilakukan dengan taubat yang khusyu` dan taubat nasuha. Semoga kita mendapat maghfirah dan keampunan ALLAH S.W.T. Amin ya Rabb…

"Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum ) ALLAH S.W.T. bagi orang-orang yang yakin?". (QS. Al-Maidah (5) :50)

Orang-orang yang mencari konsep, peraturan dan tatacara selain Islam, semuanya di tolak oleh ALLAH S.W.T. dan di akhirat kelak mereka akan menjadi orang-orang yang rugi, sebagaimana firman ALLAH S.W.T. :

"Barangsiapa yang mencari agama selain agam Islam maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk oramg-orang yang rugi" (QS. Ali `Imran (3) :85).

*seorang pemuda yang digambarkan di perenggan pertama itu BUKAN saya! i just copy this note from a blog.My advicce sebelum kita buat keputusan tuk kapeling ni ,baik hentikan je tindakan anda itu, walaupun kita fikir kita dan pasangan kita tidak akan terjerumus ke lembah zina.Tetapi ingatlah syaitan itu sungguh licik. Syaitan sudah pasti akan mencari jalan untuk kita menjurus ke lembah zina. Jadi sebelum kita terjerumus ke arah zina,lebih baik kita menjauhinya. Jodoh dan pertemuan itu semua di tangan Allah.


Ni tips bagi yang ngh couple tp tak nak putus atas alasan nak bina masjid kan?

Kalau nak couple ade syarat :

1) Jangan berzina berat. Boleh?
2) Jangan zina tangan, kaki. Boleh?
3) Jangan zina mata (timbul keasyikan melihatnya). Boleh?
4) Jangan zina hati (timbul kerinduan terhadapnya dan sering terbaygkannya). Boleh?

martabat wanita

mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..




Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-




  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

  7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

  14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

  16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

  19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

rahsia solat

mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..


Rahsia Solat Lima Waktu



Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.
' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'
Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
                     a) Dibebaskan daripada api neraka.
                     b) Dibebaskan dari nifaq.
"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).
Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'
Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
                    a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
                    b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
                   c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
                   d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
                    e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
                   f)   Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
                   g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.
Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'


Peringatan !!!



"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)

Sabtu, 10 Disember 2011

tips..

mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..


TIPS UNTUK MENINGKATKAN FOKUS DAN KONSENTRASI
Secara umumnya, rahsia kebanyakan pelajar yang cemerlang adalah fokus dalam belajar. Mindanya ketika belajar adalah dalam keadaan yang sedar dan penuh konsentrasi terhadap subjek yang sedang dipelajari.
Namun hal sedemikian adalah tidak mudah. Fokus atau konsentrasi adalah kemahiran yang tidak wujud secara semulajadi dalam diri manusia. Ia adalah sesuatu yang perlu dibina, sama seperti khusyu’ di dalam solat.
Pernah dengar tak kisah seorang ahli ibadat, Hatim Al-Isam yang berkongsi rahsia khusyu’ dalam solatnya. Kata Hatim Al-Isam, setiap kali beliau solat, beliau akan membayangkan bahawa ALLAH SWT ada di hadapannya, syurga di sebelah kanannya, neraka di sebelah kirinya, malaikat maut di belakangnya, dan dibayangkan pula seolah-olah beliau berada di atas titian sirat.
Kita juga boleh mengaplikasikannya sewaktu belajar. Bayangkan kejayaan ada di hadapan, di kanan ada ibu dan bapa yang sentiasa memberi sokongan, di kiri ada kawan-kawan seperjuangan dan di belakang adalah kegagalan yang kita ingin lari daripadanya. Bayangkan pula kita sedang melalui jalan yang penuh onak dan duri, tatkala merasa letih dan lelah, semua itu lumrah.
Kefokusan tidak akan datang dengan sendirinya, sebaliknya ia perlu dipaksa. Pada lazimnya, seseorang yang memaksa dirinya untuk fokus, akan berjaya menemui titik fokus tersebut (threshold point) dan apabila telah melepasi titik tersebut, lazimnya, ia akan merasakan teruja dan sukar pula untuk berhenti.

Jumaat, 2 Disember 2011

telefon punye citer

mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..


Rahsia Telefon Bimbit Di Saat Kecemasan



Entri kali ini khas untuk semua pengguna telefon bimbit.
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan?Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya :

1. Kereta terkunci

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari dalam? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.
Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan sistem penggera (alarm) sahaja.
Caranya:
i. Cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.
ii. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.
Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya.
Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.



2. Nombor Kecemasan

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).

3. Kuasa bateri tersembunyi


Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.
Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#
Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda (sesetengah jenis HP nokia sahaja).


4. Telefon dicuri

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda.
Sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin
Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda.
Sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya. Hoho, padan muka :D
Sedikit sebanyak entri ini dapat membantu pengguna telefon bimbit di saat kecemasan.