Sabtu, 26 November 2011

doa

Ini adalah cara membaca doa akhir tahun hijrah. Diibaca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

 

Doa Akhir Tahun Hijrah

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

 

 

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

 

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

 

Doa Awal Tahun Hijrah

 

Ini adalah cara membaca doa akhir tahun hijrah. Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memelih aranya daripada fitnah Syaitan”.

 Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka

* kalau kita tak ke masjid atau surau, kita kumpulkan keluarga kita doa bersama-sama…Inya Allah

Jumaat, 25 November 2011

salam Maal Hijrah



salam maal hijrah kepada muslimin dan muslimat sekalian...
semoga dgn bertambahnye umur kita, maka bertambahlah segala amal pahala kite.. moga2 hidup diberkati Allah...

Isnin, 21 November 2011

sahabat...

bacalah...

Pada zaman purba melayu dulu...ada seorang pemuda bernama Firdaus dainuree..

Permuda tersebut teringin sgt mmpelajari ilmu persilatan.. hal ini disebbkan ilmu persilatan menjadi ilmu sosial yg penting bagi pemuda-pemuda di zaman tersebut seperti FACEbook pd zaman skrang.. siapa yg tiada ilmu persilatan dianggap ketinggalan...

maka bergegaslah Firdaus mencari tok guru utk mmpelajari silat...
dgr khabar ade seorang tok guru warak yg hebat bersebelahan kampgnya..

tapi ramai orang takut berguru dgn tok guru tersebut kerana perangai peliknya yg sering mendengar lagu raihan melalui walkman SONYnya ...Pada zaman tersebut penduduk menganggap walkman sebagai makluk halus yg mengeluarkan suara-suara halus....

tapi Firdaus tekad utk mahir dalm ilmu persilatan tok guru itu sbb ilmu silat tok guru tersebut amat RARE dalm zamannya..







































\

























picture




memandang mulia


mulio1mulio2mulio3

hati-hati dengan mesej komik ini. samaada pelukis/penulis komik ini tidak sengaja atau tidak berniat akannya, namun ruang memuliakan manusia itu ada peringkat-peringkatnya.

Jika kita menyamakan kemuliaan semua orang , maka kita sudah pun terjerumus dalam fahaman liberalisme agama dan pluralisme agama.

orang islam dan beriman lebih mulia dari orang kafir.

orang kafir dihormati selagi tidak menentang islam atas kapasiti sebagai anak adam.
tetapi tidak ada kemuliaan bagi kekufuran mereka.

begitu juga ahli maksiat, orang-orang zalim, pelaku-pelaku dosa besar, ahli bidaah dan syirik semua mereka akan menurun kemuliaannya walaupun namanya islam dan berkata mereka beriman.

benar, kita tidak dibolehkan menghina mereka atas kehinaan perbuatan mereka. Tetapi, kita juga tidak boleh memuliakan mereka atas apa yang mereka telah lakukan. kita tak boleh memuliakan peminum-peminum arak, penzina-penzina, penzalim-penzalim. kita hormati mereka sebagai manusia yang berhak mendapat dakwah dan hidayah.tapi selagi mereka tidak bertaubat sesudah diberi peringatan, lalu terus berterang-terang dan berbangga dengan dosa dan maksiat yang dilakukan mereka, kita tak boleh memuliakan mereka.

saya harap, konsep kemuliaan perlu dipelajari oleh kita semua. sekali lagi, hati-hati dengan mesej dalam komik ini yang masih senang disalahfahami.
wallahua'lam.

sedikit peringatan dari Allah s.w.t:

"Maka apakah patut kami menjadikan orang-orang islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang kafir) ? Mengapa kamu (berbuat demikian) bagaimanakah kamu mengambil keputusan" (QS Al Qalam: 35-36)

"Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh sama dengan orang-orang yang berbuat kerusakan di muka bumi ? Patutkah (pula) Kami menganggap orang-orang yang bertaqwa sama dengan orang-orang yang berbuat maksiat ?"(QS Shaad ayat 28)

lihat firman Allah dalam surah alqalam,menggunakan "muslimin" (orang-orang islam) dan "mujrimin" (orang-orang berdosa), dan kemuliaan mereka tidak sama. kemudian Allah mengajar supaya kita juga wajar menghukum yang sama, yakni tidak boleh menyamakan kemuliaan muslimin dan mujrimin.begitu juga dalam surah shaad, Allah bertanyakan pada kita akan sama atau tidak kemuliaan "amanu wa 'amilussolihat" (orang yang beriman dan beramal soleh) dengan "mufsidina fil ardh" (orang yang buat kerosakan muka bumi), serta antara "muttaqin" (orang bertaqwa) dengan "fujjar" (ahli maksiat).

saya harap mesej terakhir dari "atok" itu dilihat semula ketepatannya dengan ajaran islam.

"atok" dalam komik di atas berkata, "hormatilah siapa sahaja di sekeliling kita dengan sentiasa berlapang dada dan MEMANDANG MULIA TERHADAP MEREKA". Kata-kata terakhir itu wajar difikirkan semula.

wallahua'lam.

Ahad, 20 November 2011

berilah peringatan


Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:Ketika diturunkan ayat ini:  Dan berilah peringatan berbentuk ancaman kepada kaum kerabatmu yang terdekat,  yaitu kaum kerabatmu yang benar-benar ikhlas. Rasulullah saw. keluar dan naik ke bukit Shafa, lalu berteriak: Hati-hatilah! Orang-orang saling bertanya: Siapa yang berteriak? Di antara mereka berkata: Muhammad!Mereka pun berkumpul mengerumuni beliau. Beliau bersabda: Wahai Bani fulan! Wahai Bani fulan! Wahai Bani fulan! Wahai Bani Abdi Manaf! Wahai Bani Abdul Muthalib! Mereka mengerumuni beliau. Lalu beliau bersabda: Apa pendapat kalian seandainya aku beritahu kalian bahwa pasukan berkuda akan keluar di kaki gunung ini. Apakah kalian mempercayaiku? Orang-orang menjawab: Kami telah buktikan engkau tidak pernah berbohong. Rasulullah saw. bersabda: Aku peringatkan kalian akan siksa yang sangat pedih. Mendengar itu Abu Lahab berkata: Celaka engkau! Hanya untuk inikah engkau mengumpulkan kami? Kemudian ia pergi. Lalu turunlah surat ini, Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan ia benar-benar binasa (HR MUSLIM)

Sabtu, 5 November 2011

SMA







SMA 20/10/2011... di dewan peperiksaan aras 3 blok A 


nie lah ketua pengawas yg jge waktu SMA..


khusyuknyer...






seramai 58 calon yg menduduki peperiksaan SMA